Jumaat, 27 Julai 2012

PANTUN NASIHAT

Baca pantun dengan intonasi yang betul

          Burung tempua makan roti,
          Makan roti sambil menyanyi,
          Orang tua kita hormati,
          Ibu bapa kita sayangi.


               Anak itik berjalan-jalan,
               Berbunyi kuat berjumpa angsa,
               Sayang menyayang jadikan amalan,
               Nescaya bahagia sepanjang masa.


          Pagi-pagi keluar berniaga, 
          Sayur di jual di tepi pekan,
          Tutur dan kata perlu di jaga,
          Tentu diri di sukai rakan.


               Anak itik ke sana-sini,
               Terminum pula air garam,
               Bersatu padu amalan murni,
               Hidup bahagia aman tenteram.


          Anak helang terbang tinggi,
          Hinggap sebentar di tembok kota,
          Kalau kita berakhlak tinggi,
          Tua dan muda memuji kita.


Nilai murni yang terdapat pada pantun di atas ialah hormat-menghormati, kasih sayang dan berkhemah tinggi.

 

KARANGAN AUTOBIOGRAFI

KERETA ANTIK


   Aku di lahirkan di Amerika Syarikat pada tahun 1957, iaitu sewaktu Malaysia merdeka.  Aku di beli oleh tuan aku yang bernama Encik Lokman.  Beliau seorang pegawai tinggi kerajaan pada masa itu.  Apabila dia pulang ke Malaysia, aku di bawa bersamanya.
   Kini aku sudah tua. aku kurang bermaya.  Dahulu Encik Lokman selalu memandu ku ke mana-mana. Pada masa itu aku benar-benar berasa amat bangga.  aku sering di puji oleh rakan-rakan Encik Lokman.
   Setiap waktu, aku di bersihkannya.  Badan ku sentiasa berkilat kemerah-merahan.  Aku di letakkan di kawasan yang teduh.
   Kini aku bersendirian.  Encik Lokman pun sudah uzur. Aku mulai di biarkan tanpa perhatian.  Anak-anak Encik Lokman lebih suka memandu kereta yang lebih moden.  Walaupun ada orang yang ingin memiliki aku, namun Encik Lokman enggan berpisah dengan aku.  Aku sebenarnya masih di sayangi oleh beliau walaupun badanku mulai berkarat dan warnaku pudar.  Aku bersyukur kerana Encik Lokman masih memberikan tempat tinggal yang teduh kepada ku.

KARANGAN AUTOBIOGRAFI

PANDUAN MENGARANG

1.   Karangan jenis autobiografi ialah karangan tentang riwayat hidup penulis dari awal hingga akhir.
2.   Karangan jenis autobiografi menghendaki anda mengandaikan diri anda sebagai sesuatu benda seperti
      basikal, kasut, payung dan sebagainya.
3.   Perkara-perkara yang berikut perlu di ambil kira apabila menulis karangan jenis ini :-

a)  asal-usul atau tempat anda di buat
b)  bagaimana bentuk atau rupa anda
c)  siapakah yang menggunakan anda
d)  apakah tugas yang dapat anda lakukan
e)  pengalaman atau peristiwa yang pernah anda tempuhi
f)  apakah yang terjadi pada anda akhirnya?

4.  Karangan jenis autobiografi pula biasanya menghendaki anda menceritakan riwayat hidup seseorang.
     Contohnya, riwayat hidup seorang tokoh, jaguh sukan, datuk dan sebagainya.
5.  anda perlu mempunyai pengetahuan yang cukup tentang perkara yang hendak di ceritakan supaya cerita
     itu munasabah.
6.  Anda perlu mengetahui butir-butir seperti latar belakangnya, pencapaiannya, jasa-jasanya dan sebagainya.
7.  Ungkapan atau peribahasa yang sesuai boleh di gunakan supaya karangan anda lebih menarik.



Contoh Karangan Autobiografi

AKU SEBUAH KAMERA VIDEO DIGITAL




  Aku sebuah kamera video digital berjenama popular.  Aku di lahirkan di sebuah kilang milik bangsa asing.  Saizku kecil saja, iaitu hanya sebesar tapak tangan. Namun kecilku, kecil-kecil cili padi.
  Setelah siap, aku di bungkus di dalam plastik sebelum di masukkan ke dalam kotak khas.  Aku di hantar ke sebuah kedai elektrik.  Aku di pamerkan di dalam rak kaca.  Aku mendapat rakan-rakan baru.  Bersama-samaku, ada beberapa kamera digital berjenama lain turut di pamerkan.
  Suatu hari, aku di datangi seorang lelaki muda.  Tampaknya, dia berminat dengan ku.  Macam-macam soalan di tanyakan kepada jurujual sambil membelek-belek tubuh ku.  Akhirnya dia membeli ku walaupun harga ku agak mahal.
  Sejak hari itu,  aku mula berkhidmat untuknya.  Ternyata dia seorang tuan yang baik.  Dia begitu menyayangi diri ku bagai menatang minyak yang penuh.  Rupa-rupanya dia gemar merakamkan imej-imej yang menarik seperti pemandangan yang indah.  adakalanya aku di bawa ke majlis-majlis yang istemewa dan aku akan merakamkan semua kenangan manis itu dalam memori ku.
  Banyak perkara menarik di simpan dalam tubuh ku.  Adakalanya imej yang di rakamkan di alihkan ke dalam komputer atau di simpan dalam bentuk cakera padat.  Kuranglah sedikit bebanan memori yang ku tampung.  Oleh itu aku akan dapat merakamkan lebih banyak imej pada lain kali.
  Selagi khidmat ku di perlukan, selagi itu lah aku akan berbakti kepada tuanku.  Jika aku tidak bertugas, tuanku akan menyimpanku di dalam beg khas dan dapat lah aku berehat dengan aman.

Khamis, 12 Julai 2012

Penggunaan bahasa melayu yang betul di kalangan anak-anak muda semakin berkurangan. Ini disebabkan oleh pengaruh dari media elektronik dan media cetak. Penggunaan bahasa pasar dan bahasa rojak akan menyebabkan hilangnya kemurniaan bahasa melayu. Langkah-langkah yang lebih serius perlu diambil untuk membendung keruntuhan bahasa melayu.